Geng!



note: yeah! my grammar sucks! whatever!


Kuliah #002: Exams!


Assalamualaikum,

Post kali ni ditujukan pada especially kepada students. Dalam kehidupan seorang student ni, kita akan diserabutkan dengan hal-hal kehidupan dan pelajaran. Tambah-tambah bila final exam dah dekat.

dan dalam masa tu la kepala kita akan overload dengan:


STUDY
Aish... banyak lagi nak kena cover ni..
Selalunya banyak kerja last minute yang kita nak buat dan nak baca dan ni amatlah memberatkan kepala kita yang selama ini maintain cool je dalam study.

THESIS/ASSIGNMENT
Huh.. Kerja lagi.. Ni adalah faveret student-student untuk dibuat pada last minute kerana ada je yang copy & paste dari senior-senior. Tapi disebabkan kemalasan dan sifat ingin menangguh, akhirnya dibuat pada last minute.

NOTES
Time-time ni la yang mula gelabah nak mula buat notes konon-kononya dapat membantu time exam nanti untuk buat fast-revision. Pastu bila dah buat notes tu kena lak nak buat cantik-cantik dan teratur takut nanti sendiri lak tak faham apa yang ditulis.

SUKAN
ha.. bagus! badan yang cergas mempunyai otak yang cerdas. Bila dah dalam study leave tu mulalah member-member ajak p tempah futsal katanya untuk last main sebelum exam. Kiranya nanti tak la mengidam nak main futsal masa tengah jawab exam.

CUTI/VACATION
Perrgggghhhh! Ni yang paling penting.. Fikir mana nak p time cuti nanti. Sebab tengok member-member lain dah ada plan. Ada yang balik Malaysia, ada yang rancang nak p trip Mega dan ada yang kata just nak stay dekat rumah je.

Perkara-perkara macam tu la yang bermain difikiran seorang student bila dah hampir dengan FINAL EXAM.

P mana-mana bawak buku.
study..
buat notes...
research....
study group...

dalam kepala asyik-asyik ingat NOTES... NOTES.. NOTES..

TAPI..

Pernah dalam kita teringat pasal semua tu kita ingat pasal................

MATI

Mati tu kita tak diinformkan bila macam exam kita dah diinformkan bila yang akan diadakan. Tapi mati siapa taw? Allahualam..

Cuba bayang.. tengah-tengah kita sibuk study tetiba kita MATI.

Kira contoh situasi:

Kita solat 5 waktu cukup tak tinggal dan kita study dari siang ke malam. Then stay-up sampai pukul 4 pagi then tidur. Masa kita tidur Allah "panggil" kita. Pisahkan jasad dengan roh.

Apa yang kita bawak untuk jumpa Allah?
Study kita yang berjam-jam tu?
Solat 5 waktu tu je?

Tanya diri kita... CUKUP KE?

Jadi, pesanan pada diri sendiri dan rakan yang baca artikel ni. Dalam kesibukan kita study ni, jangan kita lupa tunaikan kewajipan dan pertingkatkan ibadah-ibadah sunat. Supaya kita ada bekalan tambahan untuk bantu kita bila berjumpa dengan-Nya.

Bukan tak nak kasi study sungguh-sungguh. Tapi cuba selitkan apa-apa ibadah sunat dalam kesibukan kita study tu.

Tak salah kalau kita luangkan 5-10 minit untuk membaca Al-Quran selangan dari kita baca lecture notes yang berjam-jam kita luangkan. InsyaAllah hati kita pun akan tenang nak sambung study.

Paling kurang pun bacalah masa pagi dan sebelum kita tidur. Kalau tak mampu baca banyak, bacalah paling kurang 3-5 ayat.

Kalau kita study gila-gila pun kalau tanpa redha-Nya study kita tu hanya sia-sia. Allah boleh beri ilmu-Nya bila, dan boleh tarik bila-bila.

Paling penting. Walau dalam kesibukan study, jangan lupa untuk mengucap sebelum tidur.

Wassalam..

4 Talks:

name.saye said...

ak solute la ang amin. thanks for the reminder.
aminnnnnnnn.
love you brahh

eL said...

miss ko dowh adam!
weh! balik sni..

kite main bunga api time new year atas rumah baru siap..

Raafiq Zakaria said...

wow~

name.saye said...

jangan bagi ak sedih aminn..
sob sob T.T